Vidnoz AI creates engaging videos with realistic AI avatars. Free, fast and easy-to-use. Try for Free >
80% OFF

Apakah itu Kill Switch? VPN Terbaik Yang Mempunyai Kill Switch Untuk Melindungi Keselamatan Anda

Ini adalah pengenalan yang menjelaskan apa itu kill-switch untuk VPN secara ringkas dan VPN iTop dengan kill-switch adalah disyorkan sebagai pilihan yang terbaik untuk melindungi keselamatan anda.

Kill switch ialah satu terminologi IT yang menerangkan tentang mekanisme yang menamatkan/menutup program atau peranti yang sedang berfungsi.

VPN Dengan Kill Switch

Bercakap mengenai Kill Switch VPN yang terdapat dalam domain keselamatan internet, fungsi kill switch untuk VPN direka untuk melayani keselamatan privasi internet anda dengan menutup sambungan internet anda secara automatik sekiranya diperlukan. Secara teknikal, ia melindungi keselamatan internet anda dengan melumpuhkan/memutuskan sambungan internet apabila perkhidmatan VPN anda ditutup sementara/secara tiba-tiba untuk mengelakkan potensi kebocoran maklumat atau serangan sniffing.

Mekanik VPN & Kill Switch

Kita tahu bagaimana VPN berfungsi untuk melindungi anda dari penyerang dan pencuri maklumat. Secara umunya, apabila anda disambungkan dengan  internet menggunakan VPN, anda tidak akan ditubuhkan pada pelayan ISP (Pembekal Perkhidmatan Internet) tempatan anda, malah, sambungan anda akan diarahkan ke pelayan pembekal VPN (Rangkain Protokol Maya). VPN tersebut akan menyulitkan  pek data anda sebelum dihantar dan akan dinyahsulitkan selepas data tersebut mencapai destinasinya. Perkhidmatan tersebut tidak akan ditawarkan oleh ISP tempatan anda. Keselamatan data anda dapat dimanfaatkan dengan menggunakan VPN dengan kill switch kerana:

TIPS


1. Data anda akan disulitkan sepanjang penghantaran tersebut
2. Proksi anda akan diarahkan kepada pelayan yang jauh dari lokasi sebenar anda. Walaupun pek data anda dipintas oleh seseorang (tidak mungkin), maklumat dan alamat peribadi anda tidak akan bocor/maklumat kewangan anda tidak akan dapat dikesan oleh pencuri identiti.
3. Sesetengah ISP akan menetapkan sekatan untuk anda lawati laman web tertentu, atau mengehadkan sambungan anda kepada perkhidmatan internet tertentu. Sebagai contoh, permainan dalam talian, penstriman video seperti Netflix, Hulu. VPN akan dapat mengatasi masalah-masalah ini. 

Sebagai alat reaktif yang merujuk kepada domain keselamatan siber, apabila VPN dengan kill sitch anda digugurkan secara tidak sengaja, VPN kill switch tersebut akan memotong semua aliran data dengan kadar segera dan menamatkan sambungan tersebut. Dengan itu, penggodam & pencuri identiti tidak akan dapat mengambil data anda dan apa-apa maklumat berguna walaupun anda tidak dilindungi oleh pelindung VPN disebabkan sambungan yang ditamatkan dengan segera selepas VPN tersebut digugurkan. VPN kill switch  tersebut tidak akan memberikan masa kepada penggodam untuk memecahkan keselamatan anda melalui internet ke komputer anda. 

Mengapa VPN Kill Switch Penting Untuk VPN

Pada tahun 2020, bilangan aset digital yang didedahkan oleh penjenayah siber meningkat sebanyak 141% dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Menurut Keselamatan Berasaskan Risiko, sebanyak 37 billion rekod telah terjejas. Dengan itu, perisian VPN kill switchtelah menjadi satu alat yang sangat penting untuk individu dan bisnes untuk melindungi maklumat peribadi dan untuk melindungi data sulit

Walaupun anda boleh menggunakan perkhidmatan VPN tanpa perisian dan maklumat log masuk VPN anda boleh ditetapkan secara manual dalam Windows, namun, sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan VPN yang mempunyai ciri khas kill switch, anda harus menggunakan perkhidmatan VPN yang datang secara Standalone dan pastikan ia menawarkan ciri khas kill switch memandangkan VPN dengan kill switch adalah perisian tahap fungsi.

Di sini, saya ingin memperkenalkan perkhidmatan VPN dengan ciri khas kill switch untuk melindungi keselamatan internet anda – VPN iTop 

VPN iTop Fungsi Kill Switch

VPN iTop adalah pembekal perkhidmatan VPN yang semakin meningkat yang setanding dengan kecekapan kos terbaik & tahap perlindungan keselamatan tertinggi dengan kill switch. Ia juga telah menjadi salah satu VPN percuma yang terbaik untuk PC & peranti mudah alih. VPN iTop boleh digunakan di kedua-dua Windows dan Mac OS. Anda tidak perlu mempelajari perkara lain untuk menggunakan VPN iTop, malah anda hanya perlu memuat turun VPN tersebut dari laman web rasmi mereka, pasang, jalankannya dan menekan butan “Sambungkan”. Dengan itu, anda akan disambungkan kepada pelayan selamat mereka. VPN ini boleh dijalankan di kedua-dua Windows 10 & Windows 7 tanpa sebarang masalah.

VPN iTop Fungsi Kill Switch

VPN iTop mengambil kesempatan untuk menyesuaikan piawaian keselamatan peringkat bank, ini bermaksud maklumat peribadi anda yang penting akan disulitkan dan dilindungi oleh teknologi piawaian industri perbankan yang sama, termasuk VPN kill switch. Melalui sambungan yang selamat, kebimbangan terhadap penggodam dan penipu yang ingin memintas data peribadi anda akan dapat dihapuskan. Maklumat peribadi anda yang diklasifikasikan, tidak akan didedahkan kepada institusi kerajaan & agensi yang mengumpul maklumat anda.

VPN iTop Perlindungan Keselamatan

VPN iTop Perlindungan Keselamatan

Selain itu, lokasi sebenar dan alamat IP fizikal anda akan dilindungi dan ISP anda tidak akan dapat mencari IP sebenar anda. Justeru, ISP tersebut tidak akan dapat memintas pakej data ataupun memantau aktiviti dalam talian anda. Anda akan berhadapan dengan masalah. sekiranya maklumat peribadi anda bocor kepada syarikat-syarikat besar yang membuat penghantaran iklan yang tepat dan berpotensi untuk mengganggu anda.

VPN iTop juga mempunyai fungsi penyekat iklan dimana VPN iTop akan menyekat iklan-iklan yang muncul semasa anda sedang melayari internet. Ia juga boleh mengurangkan ancaman kewangan dari laman web phishing, dan memastikan tiada kandungan yang tidak selamat. Selain dari penyekat iklan, pembersih privasi pelayar juga disediakan dalam VPN iTop untuk membersihkan semua jejak privasi pada penyemak imbas anda sekiranya maklumat peribadi anda ditinggalkan pada penyemak imbas anda yang telah dicuri oleh penggodam.

iTop – VPN Percuma-untuk-Digunakan Yang Sebenar

iTop – VPN Percuma-untuk-Digunakan Yang Sebenar

VPN iTop menawarkan trafik data percuma sebanyak 700 megabait yang akan ditetapkan semula setiap hari. Ia merupakan tawaran yang baik kerana 700 megabait mampu melitupi sebahagian besar penggunaan internet anda. Selain itu, VPN iTop juga tidak mempunyai had laju untuk memunggah & memuat turun. Ini sangat berguna dalam banyak situasi. Tambahan pula, perkhidmatan percuma VPN iTop juga boleh didapatkan di kedua-dua Android & iOS.

VPN iTop menawarkan pelbagai jenis perlindungan selamat yang canggih: Perlindungan Tahap Bank, Kill Switch, pembersih pelayar, penyekat iklan. Semua yang anda perlukan untuk meningkatkan keselamatan rangkaian anda terserta dalam VPN iTop ini. Saya ingin memperkenalkan dan sangat mengesyorkan kepada anda sekiranya anda memerlukan VPN yang mempunyai kill switch untuk melindungi anda!


Related Articles for Reference

Lucky Chance to Get the Lowest Price Today!

36-m Plan Billed $59.99$431.64

Get It Now (60s)