Vidnoz AI creates engaging videos with realistic AI avatars. Free, fast and easy-to-use. Try for Free >
80% OFF

Panduan Hebat Tentang Cara untuk Mengubah Alamat IP Tanpa VPN: 100% Berkesan

Ia tidak terlalu sukar untuk mengubah alamat IP tanpa VPN. Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan dan artikel ini akan menunjukkan anda cara untuk melakukannya dengan berkesan.

Adakah anda ingin tahu cara untuk mengubah alamat IP tanpa VPN? Anda bertuah! Anda mempunyai penyelesaian yang 100% berkesan sekiranya anda membaca panduan ini. Terdapat banyak sebab mengapa pengguna mengubah alamat IP mereka. Sebab yang sering dinyatakan adalah untuk mengelak pengesanan dan penjejakan oleh laman sesawang supaya aktiviti dalam talian anda tidak boleh dikesan.

Terdapat juga pengguna yang memerlukan lokasi palsu kerana kemasukan ke tempat-tempat tertentu di laman sesawang, rangkaian media sosial, permainan, dan kandungan digital yang lain adalah terhad di beberapa bahagian di dunia. Namun begitu, tidak semua orang ingin melakukan aktiviti yang memerlukan mereka mendedahkan identiti mereka.

Namun begitu, anda tidak boleh menggunakan mana-mana proksi lama, kerana – mereka tidak menawarkan tahap tanpa nama dan keselamatan yang sama semasa melayari atas talian (ada yang bahkan amat berbahaya!). Mari kita mulakan dan belajar tentang bagaimana cara untuk mengubah alamat IP tanpa VPN dengan pantas.

Bagaimanakah Cara untuk Mengubah Alamat IP Tanpa VPN


Akses kepada isi kandungan yang terhad

Anda tidak boleh mengakses Facebook, Skype, Youtube, atau mana-mana platform media yang terlarang di kawasan anda sekiranya anda tidak mengubah IP, dan sekarang anda sedang mencari jawapan secara langsung tentang “bagaimanakah cara untuk mengubah alamat IP saya tanpa VPN?”

Hal ini boleh menjadi mengecewakan sekiraya anda sedang bercuti dan tidak boleh mengakses platform media sosial anda atau sekiranya anda ingin menonton filem asing.

Untuk meningkatkan privasi

Kemungkinan IP anda dapat dikesan oleh pelbagai kerajaan atau pengesan. Ini adalah benar bagi laman sesawang seperti Facebook yang menawarkan sasaran dan kehilangan maklumat peribadi mereka. 

Sekiranya anda tergolong dalam kategori ini, anda harus melakukan segala yang anda boleh untuk mengekalkan keselamatan identiti anda. Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menggunakan perkhidmatan VPN, namun begitu, tidak semua VPN dicipta serupa.

Melindungi identiti peribadi anda

Pengesan ini boleh digunakan untuk mencuri identiti anda, terutamanya apabila anda tidak berhati-hati. Penggunaan pengesan untuk mencuri maklumat individu adalah amalan yang biasa bagi orang ramai. Maklumat ini boleh digunakan untuk pencurian identiti ataupun serangan siber!

Juga baca: VPN Terbaik untuk Windows & Muat Turun VPN Windows Percuma untuk Digunakan

Ini adalah proses langkah demi langkah tentang cara untuk mengubah alamat IP tanpa VPN, di mana ia akan menjadi 100% berkesan sekiranya anda ikutinya dengan betul.

Cara 1 – Gunakan Proksi untuk Mengubah Alamat IP

Dalam cara ini, kita akan menggunakan proksi untuk mengubah alamat IP. Terdapat banyak proksi yang anda boleh gunakan tetapi tidak semua diciptakan sama. Saya selalu mengesyorkan cara proksi percuma kerana risiko untuk dikesan lebih rendah dan ia adalah 100% percuma untuk digunakan. Satu keberukannya ialah IP anda akan dikongsikan dengan pengguna yang lain.

Ini adalah contoh cara mengubah alamat IP anda tanpa VPN menggunakan proksi:

Langkah 1 – Cari laman proksi dan masukkan URL lama yang anda ingin akses atau nyahsekat dalam kotak laman utama mereka.

Bagaimana Cara untuk Mengubah Alamat IP dengan Cara Proksi

Langkah 2 – Senarai proksi yang tersedia akan dipamerkan dan anda boleh memilih salah satu yang anda ingin gunakan dengan hanya menekannya.

Bagaimana Cara mengubah Alamat IP Tanpa Senarai VPN Proksi

Langkah 3 – Masukkan URL ke dalam bar alamat pelayar anda, tekan Enter, dan anda boleh teruskan! Anda sepatutnya boleh mengakses mana-mana laman menggunakan alamat IP (atau lokasi) anda yang baru.

Juga Baca: Cara untuk Menggunakan VPN untuk Memintas Geo-Sekatan Negara

Cara 2 – Mengubah Rangkaian untuk Mendapatkan Alamat IP yang Baru

Sekiranya anda merasakan rangkaian atau sambungan WiFi yang digunakan telah digodam dan dikesan, telah tiba masanya untuk mengubah!

Terdapat banyak cara untuk mengubah rangkaian:

  • Sambung ke WiFi hotspot awam.

  • Buka rangkaian yang tidak memerlukan kata laluan (datang dengan risiko mereka sendiri).

  • Sambungan WiFi persendirian memerlukan butiran kata laluan untuk pengakuan.

  • Data mudah alih untuk telefon pintar.

Cara 3 – Menggunakan Sambungan Data Mudah Alih

Sekiranya telefon pintar anda mempunyai sambungan data, anda juga boleh mengubah rangkaian dan mendapatkan alamat IP yang baru dengan cara yang sama. Anda boleh lakukannya dengan:

Langkah 1 – Menggunakan 3G/4G/5G untuk mengakses internet menggunakan sambugan data mudah alih.

Menggunakan Sambungan Data Mudah Alih

Langkah 2 – Mengubah rangkaian (contohnya, dari WiFi rumah anda ke WiFi pejabat anda)

Langkah 3 – Memutuskan sambungan dari rangkaian semasa

Langkah 4 – Menyambung semula kepada rangkaian yang baru.

Sekiranya anda ingin menyemak alamat IP peranti anda telah diubah atau belum, anda boleh menggunakan salah satu cara ini:

  • Gunakan laman sesawang yang membenarkan pengguna untuk memeriksa alamat IP semasa mereka, contohnya www.whatismyip.com.

  • Gunakan telefon pintar anda, pergi ke Google Maps dan gunakan GPS/ciri-ciri lokasi, dan semak alamat IP pada lokasi anda.

  • Sekiranya anda mempunyai pelayan yang membenarkan pengguna untuk menyemak alamat IP mereka dengan arahan tertentu: taip “telnet [URL]”. Semak sekiranya ia memberi tindak balas yang sepatutnya.

Satu keburukan menggunakan proksi untuk mengubah alamat IP anda ialah anda akan berkongsi alamat IP anda dengan pengguna yang lain. Hal ini tidak diingini sesetengah pengguna yang ingin menyembunyikan identiti dan lokasi mereka.

Dengan itu, pada masa kini, lebih banyak pennguna yang menggunakan VPN yang selamat untuk mengubah alamat IP mereka. Sebab utamanya adalah kerana kebaikan yang datang bersama. VPN akan menyembunyikan identiti anda dan mengelak anda daripada digodam. Ia juga menyelamatkan anda dari serangan siber semasa melayari internet.

Dengan itu, saya akan berkongsi pengalaman saya dengan VPN iTop dan saya berharap ia mampu membantu anda mengubah alamat IP anda. 

Begini caranya.

Langkah 1: Muat turun VPN iTop – VPN yang pantas untuk PC.

Langkah 2: Pasang dan lancarkannya (sekiranya anda memerlukan arahan lebih lanjut, semak laman sesawang rasmi mereka).

Bagaimana Cara untuk Mengubah Alamat IP dengan VPN iTop

Langkah 3: Pilih pelayan dan sambungkannya.

Bagaimana Cara untuk Mengubah Alamat IP dengan VPN

Langkah 4: Sekarang, alamat IP anda telah diubah dan anda boleh menikmati alamat IP atau lokasi anda yang baru!

Mengapa Pilih VPN iTop untuk Mengubah Alamat IP

Sepanjang perbincangan ini, kita telah menemui kaedah langkah demi langkah tentang cara untuk mengubah alamat IP anda tanpa menggunakan VPN. Tetapi, sebab-sebab yang seterusnya tentang VPN iTop akan meyakinkan anda untuk mengubah alamat IP anda menggunakan VPN percuma ini.

Mudah untuk Mengubah alamat IP – Dengan menggunakan VPN iTop, anda boleh mengubah alamat IP anda dengan mudah dengan hanya sekali tekan.

Kestabilan yang Mantap – Ia tidak mengganggu atau memutuskan sambungan semasa anda menonton video dan melayari internet dan ia juga berfungsi dengan baik pada kedua-dua WiFi dan Data.

Kelajuan yang Tinggi – Kelajuannya cukup baik untuk menonton rancangan TV tanpa sebarang sekatan atau hentian.

Menyembunyikan alamat IP dan lokasi – Anda boleh menggunakan VPN iTop untuk menyembunyikan alamat IP dan lokasi sebenar anda untuk mengelak dari dijejak orang lain.

Pemeriksa IP – Anda boleh memeriksa alamat IP yang anda sedang gunakan untuk memastikan ia adalah IP yang anda inginkan.

Percuma untuk Digunakan – Anda boleh mengubah alamat IP anda bila-bila masa sahaja, percuma tanpa membayar sesen pun kepada VPN iTop.

Keselamatan Terjamin – Anda boleh menikmati layaran yang selamat tanpa membuang masa anda dan anda tidak perlu berasa risau tentang digodam atau dikesan oleh orang lain.

Kesimpulan

Terdapat banyak sebab kenapa orang mahu mengubah alamat IP mereka tanpa VPN atau dengan menggunakan VPN yang paling selamat untuk mendapat pengalaman yang terbaik. Mungkin anda perlu mengakses kandungan yang disekat di negara atau kawasan anda, atau, mungkin anda hanya inginkan ketenangan minda tanpa sesiapa pun dapat mengesan aktiviti atas talian anda.

Sekiranya anda ingin mnegubah alamat IP anda dan melindungi diri anda dari penggodam, VPN iTop adalah pilihan yang terbaik. Kami menawarkan pelbagai ciri-ciri yang akan mengekalkan data anda selamat dan dilindungi dan juga mengubah alamat IP anda untuk mengelakkan anda dari dikesan orang lain. 


Related Articles for Reference

Lucky Chance to Get the Lowest Price Today!

36-m Plan Billed $59.99$431.64

Get It Now (60s)