Vidnoz AI creates engaging videos with realistic AI avatars. Free, fast and easy-to-use. Try for Free >
80% OFF

Sekatan VPN Netflix? VPN Terbaik iaitu iTop untuk Menonton Netflix/Hulu

Menerima ralat proksi "sekatan VPN Netflix"? Ketahui kisah disebaliknya dan ketahui bagaimana untuk menyelesaikan sekatan dengan VPN penstriman terbaik untuk Netflix, Hulu, Disney +, dll.

Merangkumi 15% daripada jalur lebar internet di dunia, Netflix jelasnya merupakan perkhidmatan penstriman paling popular pada masa kini. Jika dibandingkan dari segi penggunaan jalur lebar, tiada syarikat lain yang dapat menandingi syarikat penstriman besar ini. Sama ada anda berminat untuk menonton filem atau ingin menonton rancangan TV, Netflix sentiasa menjadi pilihan terbaik anda. Dengan kandungan yang meluas; merangkumi pelbagai koleksi filem dan rancangan TV dalam pelbagai genre dan bahasa, Netflix mempunyai pilihan untuk semua orang.

Malangnya, perkhidmatan penstriman ini tidak tersedia di negara-negara tertentu. Malah bagi mereka yang ingin mengakses Netflix dengan VPN, mereka akan menghadapi isu "sekatan VPN Netflix". Mengapakah perkara ini terjadi?

Sekatan VPN Netflix

Bagi membantu anda menyelesaikan larangan VPN Netflix, artikel ini akan menyelami sebab utama pelaksanaan tersebut dan memperkenalkan VPN percuma terbaik untuk membantu anda melewati sekatan Netflix! Anda hanya perlu teruskan membaca!

Kandungan

Latar Belakang Sekatan VPN Netflix

VPN Terbaik untuk Melangkau Sekatan Netflix

Langkah untuk Menonton Netflix dengan VPN


Walaupun Netflix popular, ramai pengguna telah melaporkan masalah "sekatan VPN Netflix" sejak beberapa tahun yang lalu. Tiada cara lain untuk menggunakan VPN penukaran negara Netflix. Isu ini bukanlah perkara baru, Netflix cenderung untuk menyekat VPN dan ia mempunyai sistem pengesanan terbaik dalam industrinya. Ini bermaksud hanya beberapa jenis VPN yang dapat melangkau pengesanannya dan berjaya membantu anda melewati larangan VPN Netflix pada masa kini.

Pertamanya, mari kita jelaskan satu fakta: penggunaan VPN untuk Netflix adalah selamat dan sah, namun ia bertentangan dengan terma dan syarat Netflix. Secara teknikalnya, itulah sebabnya anda mendapat masalah "sekatan VPN Netflix". Penerangan secara mudahnya adalah Netflix melarang VPN kerana mereka tidak mempunyai hak untuk menyebarkan kandungan tersebut di kebanyakan negara.

Lebih khusus lagi, ia berkaitan dengan perlesenan kandungan mengikut kawasan. Ia merupakan keizinan daripada pengedar yang menjual hak kandungan mereka kepada perkhidmatan penstriman berdasarkan negara atau kawasan, dan bukannya lesen menyeluruh. Perlesenan wilayah (territorial licensing) membolehkan pemegang hak untuk merunding harga berdasarkan beberapa faktor seperti populasi, jumlah pelanggan, dan lain-lain. Sebaliknya, pembelian lesen menyeluruh akan dikenakan bayaran tetap dan ia jauh lebih mahal.

Sebagai contoh, rancangan ‘Community’ di NBC. Rancangan ini telah berlangsung di Netflix UK selama bertahun-tahun tetapi tidak di Netflix AS. Mengapa? Ini adalah kerana NBC telah menjual hak tersebut kepada Hulu secara eksklusif. Untuk mengelakkan persaingan, Netflix memperoleh hak untuk menyiarkan rancangan tersebut di UK sahaja, di mana Hulu tidak tersedia di sana. Jika kira-kira dilakukan bagi hal ini, perlesenan wilayah di UK jauh lebih murah daripada di seluruh AS memandangkan jumlah penduduk di UK lebih sedikit.

Oleh itu, apabila pengguna cuba menonton rancangan yang tidak tersedia di negara mereka dengan menggunakan VPN, Netflix dikira melanggar perjanjian hak cipta. Walaupun Netflix ingin menayangkannya ke seluruh dunia untuk tujuan komersial, mereka bertanggungjawab untuk memastikan media tersebut hanya digunakan di kawasan yang dilesenkan. Pada masa yang sama, pengedar media juga tidak berminat untuk menyediakan kandungannya ke seluruh dunia. Oleh yang demikian, anda mendapat notifikasi "sekatan VPN Netflix " ketika penggunaan VPN. Maka, itulah kisah di sebaliknya.

Baca juga: Tiga VPN Terbaik untuk PC yang Sememangnya Percuma [Tidak Memerlukan Kad Kredit]

Jangan risau, hal ini bukanlah bermakna pengakhiran dunia. Sudah tentu ada cara untuk menyelesaikan ralat proksi "sekatan VPN Netflix" ini. Secara jujurnya, sebelum ini Netflix agak liberal mengenai larangan VPN, kebanyakan disebabkan tujuan komersial - mereka tidak mahu kehilangan pelanggan yang membayar. Larangan VPN tidak dilaksanakan secara aktif sehinggalah baru-baru ini apabila Netflix mula mencipta kandungannya sendiri. Setelah itu, pendirian mereka menjadi lebih jelas dan tegas.

Walaupun Netflix meningkatkan sistem pengesanannya, hanya beberapa VPN yang bagus mampu melewati sekatan VPN Netflix. iTop VPN merupakan salah satunya. Dengan iTop, anda mampu melangkau sekatan VPN dan mengakses Netflix dengan mudah. iTop adalah VPN percuma terbaik yang membolehkan anda mengakses kandungan global tanpa mengira lokasi sebenar anda. Dengan perdayaan (spoofing) alamat IP anda dengan server global iTop, anda boleh kekal menjadi tidak dikenali (anonymous), bahkan privasi dan keselamatan dalam talian dilindungi dengan baik.

Sekarang, mari kita perhatikan kelebihan penggunaan iTop untuk Netflix atau perkhidmatan penstriman lain:

Perlindungan secara keseluruhan

Dengan penyulitan gred perbankan iTop, anda boleh kekal tidak dikenali (anonymous) apabila menggunakan Netflix. Data anda tidak akan dikumpulkan bagi tujuan kempen iklan. Memandangkan laman penstriman seperti Netflix menyimpan data sensitif anda seperti maklumat pembilan, langkah yang lebih wajar adalah dengan menggunakan VPN yang terbaik - iTop untuk melindungi data anda dari pengintipan. Malah dengan ciri ‘Kill Switch’ yang canggih, anda boleh mendapatkan perlindungan terbaik ketika menikmati rancangan Netflix.

Sambungan pantas dan stabil

Dengan protokol maju UDP iTop, anda pastinya dapat menikmati Netflix dengan sambungan yang sangat pantas. Hanya dengan klik butang Sambungan (Connection), iTop kemudiannya akan menghubungkan anda ke lokasi terpantas. Malah, lebih dari 1,800 liputan server global membolehkan anda menyambung kepada server yang terdekat, dimana ia dapat menjamin sambungan yang paling stabil dan boleh dipercayai untuk tujuan penstriman.

Jalur lebar tanpa had

Had data merupakan suatu masalah, terutamanya bagi penstriman dalam talian dimana ia memerlukan rangkaian mega kerana pemindahan data yang besar. Bukan seperti kebanyakan VPN yang menetapkan had jalur lebar anda, iTop tidak mempunyai had bagi jalur lebar. Ini bermaksud anda dapat menikmati rancangan Netflix kegemaran anda tanpa perlu mengkhuatiri kelebihan penggunaan data.

Server penstriman khusus 

iTop menawarkan server penstriman yang dioptimumkan bagi tujuan penstriman. Ia adalah server yang cepat, selamat, dan stabil yang membolehkan anda mengakses pelbagai perkhidmatan penstriman popular dengan mudah. Netflix, Hulu, Disney +, BBC iPlayer ... Sememangnya anda boleh menonton apa dan dimana sahaja!

Anda mungkin suka: 8 VPN Teratas untuk Windows / PC yang Menawarkan Percubaan Percuma pada Tahun 2021 [Percuma & Selamat]

Kini anda sudah mengetahui sebab-sebab anda mendapat ralat proksi "sekatan VPN Netflix" dan VPN penstriman terbaik di pasaran. Sudah tiba masanya untuk perkara yang lebih penting. Sekiranya anda belum mendapatkan VPN percuma Tanpa Had dan ingin melihat bagaimana ia berfungsi, berikut adalah langkah mudah untuk menonton Netflix dengan iTop.

Langkah 1. Muat turun VPN terbaik untuk PC, Android atau iOS; dan lancarkannya pada peranti anda.

Langkah 2. Kemudian pilih "Untuk penstriman" di ruang menu untuk melihat semua server penstriman. Pilih server "Netflix" untuk penstriman. Klik butang "Sambung (Connect)", dan anda akan disambungkan ke server Netflix dalam beberapa saat.

Melewati Sekatan Netflix Dengan iTop VPN

Inilah penyelesaiannya! Dengan iTop, tiada lagi ralat "sekatan VPN Netflix" dan anda bakal memperoleh pengalaman penstriman yang terbaik.

Rumusan

Sebab utama di sebalik sekatan VPN Netflix boleh menjadi agak rumit. Sebagai pelanggan, anda hanya mahu mengakses kandungan yang anda ingini. Netflix menyatakan bahawa mereka berharap agar dapat menawarkan kandungannya kepada semua orang di dunia suatu hari nanti. Tetapi sehingga hari tersebut tiba, anda masih akan mendapat ralat proksi dan perlu menggunakan VPN untuk melewati sekatan wilayah. Oleh itu, dapatkan VPN percuma iTop sekarang dan ucapkan selamat tinggal kepada sekatan VPN Netflix hari ini.


Related Articles for Reference

Lucky Chance to Get the Lowest Price Today!

36-m Plan Billed $59.99$431.64

Get It Now (60s)