VPN untuk PC membolehkan anda melakukan penstriman kandungan secara dalam talian di mana-mana lokasi, “geo-spoof” lokasi anda, dan melindungi komputer anda. Dalam artikel ini, kami menumpukan pada perisian VPN terbaik yang harus anda gunakan untuk komputer (PC) pada tahun 2021.
Jelasnya, internet telah membentuk dunia semasa dengan mengubah cara kita berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Walaupun begitu, internet yang sama telah menjadi pusat bagi kegiatan jahat. Oleh itu, para pengguna perlu berhati-hati ketika melayarinya. Oleh disebabkan hal tersebut, VPN untuk PC menjadi salah satu topik yang sering dicari-cari dan topik utama di seluruh internet. Para pengguna mementingkan keselamatan dan privasi semasa menavigasi internet. Mereka tidak mahu penggodam atau orang yang tidak dikenali mengetahui tentang data peribadi atau data sensitif mereka.
Walaupun terdapat beberapa jenis perkhidmatan VPN yang bagus untuk PC, kebanyakan daripadanya adalah mahal, memiliki fungsi yang berlebih-lebihan, atau menawarkan prestasi yang kurang memuaskan. Untuk menemui VPN yang terbaik untuk PC bukan perkara yang mudah. Hal ini boleh menjadi satu perkara yang sukar, terutamanya jika anda tidak mengetahui tentang perkhidmatan VPN untuk PC. Mujurnya, artikel ini akan menerangkan kepada anda melalui panduan komprehensif mengenai VPN terbaik bagi PC.
Ramai orang membanjiri internet demi mencari VPN percuma untuk PC. Sebelum mencari VPN percuma untuk PC (dimana ia merupakan langkah terakhir), amat penting untuk anda memahami mengapa anda memerlukan VPN untuk PC. VPN untuk PC menawarkan beberapa kelebihan kepada penggunanya. Walau bagaimanapun, manfaat ini hanya merangkumi keselamatan dan privasi ketika penggunaan internet. Apabila hal ini dirungkaikan, beberapa sebab utama anda memerlukan VPN untuk PC termasuklah:
La menawarkan privasi dalam talian - apabila anda membuat sambungan internet melalui VPN, data anda akan melalui server VPN terdahulu. VPN menyulitkan dan mengekod data anda. Alamat IP yang muncul di web adalah daripada server VPN dan bukannya PC anda. Oleh itu, anda tidak akan dikesan oleh pengintip atau orang yang ingin mengambil maklumat anda tanpa kebenaran.
La menawarkan keselamatan- Oleh disebabkan perkhidmatan VPN mengekod dan menyulitkan data anda, penggodam tidak dapat memintas sekat dan mencuri data anda untuk tujuan yang tidak baik.
La menawarkan Kebebasan – Bukan semua aplikasi sah digunakan di setiap negara. Beberapa aplikasi seperti WhatsApp; dilarang dan tidak dapat berfungsi di negara-negara tertentu. Tambahan pula, laman penstriman media seperti Netflix mengawal kandungannya dimana pengguna hanya boleh mengakses berdasarkan lokasi. Dengan menggunakan VPN, anda dapat mengubah lokasi untuk menonton sebarang video penstriman di Netflix seperti ‘Rick and Morty 5’, malah memiliki kebebasan untuk mengakses kandungan yang anda mahukan.
Oleh yang sedemikian, privasi dan keselamatan ini mampu melumpuhkan pelbagai had yang anda hadapi sebelum ini. Anda boleh pergi ke mana-mana negara yang mengehadkan penggunaan aplikasi namun masih berupaya menggunakan aplikasi tersebut. Anda boleh menstrim kandungan Netflix yang berbeza tanpa batasan, bermain dan memenangi permainan digital berdasarkan lokasi, menggunakan Wi-Fi awam tanpa ada yang mengintip data anda, atau membeli pada tawaran terbaik dengan membandingkan harganya di negara yang berbeza.
iTop VPN boleh dikatakan VPN untuk PC percuma yang terbaik. Walaupun ramai orang memandang rendah terhadap VPN percuma untuk PC, iTop VPN telah banyak mengubah pandangan tersebut. Tanpa bias, iTop VPN menawarkan prestasi kelas atasan. Perkembangan teknikalnya yang menakjubkan tidak menunjukkan sebarang kependaman (latency) atau kekurangan yang boleh memburukkan pengalaman penggunaan anda.
Sama ada anda menggunakan Windows 7 atau versi Windows yang terkini, anda tidak perlu bimbang kerana iTop VPN serasi dengannya. Proses pemasangannya adalah mudah dan lancar. VPN ini tidak akan menurunkan kelajuan PC anda. Apabila anda memasang dan menyambung PC anda ke VPN percuma ini, anda dapat melihat serta-merta bahawa alamat IP anda dilindungi dan terowong keselamatan (security tunnel) telah diaktifkan. Hal ini serta sebab-sebab lain menjadikan iTop VPN berada pada tahap yang berbeza berbanding VPN percuma untuk PC yang lain.
Program ini membolehkan pengguna mengakses kandungan kegemaran dari Netflix dan platform lain secara percuma.
iTop VPN membenarkan sehingga 5 sambungan peranti pada sesi yang sama.
Ia menawarkan jalur lebar tanpa had dan kelajuan yang lebih pantas.
Ia sesuai dengan pelbagai versi Windows termasuk Windows 7 dan Windows 10.
Ia menawarkan penyulitan kelas pertama / gred-tentera (military-grade).
Terdapat polisi tanpa-log.
Ia menyokong mod "Kill Switch" yang mencegah semua trafik apabila ia mengesan perkhidmatan VPN tidak bersambung.
Ia menyediakan akses kepada server global; maka pengguna dapat mengakses semua sever di seluruh dunia.
Ia menawarkan tiga mod sambungan yang berbeza, iaitu mod perlindungan, keseimbangan, dan permainan digital.
Langkah 1. Kunjungi halaman muat turun iTop VPN dan klik butang "Download (Muat Turun)". Apabila fail telah dimuat turun, ekstrak fail tersebut. Seterusnya, ikuti arahan pada skrin untuk menyelesaikan proses pemasangan.
Langkah 2. Apabila program telah dipasang, lancarkan pada peranti anda dan klik tab "Connect (Sambung)". Tunggu sehingga perkhidmatan VPN disambungkan.
Langkah 3. Apabila iTop VPN telah bersambung, teruskan kepada langkah pilihan server / lokasi yang diinginkan. Anda boleh memilih server sosial, semua, permainan digital, dan penstriman.
Selain iTop VPN untuk PC, terdapat juga VPN lain untuk PC yang ada di pasaran yang harus anda ketahui. Ia menawarkan tujuan yang sama tetapi perbezaannya adalah dari segi ciri-ciri dan harganya. Berikut merupakan tiga VPN yang berada di pasaran untuk anda cuba.
StrongVPN adalah VPN yang mudah namun bagus untuk PC. Walaupun ia mungkin bukan perkhidmatan VPN yang terkemuka, banyak ciri-cirinya yang bagus menjadikan ia layak untuk digunakan. Sebagai contoh, ia membolehkan pengguna untuk menstrim kandungan Netflix, Disney +, dan Hulu tanpa had.
Apabila anda memasang perkhidmatan VPN ini untuk PC, anda mempunyai P2P / torrenting tanpa had dan tanpa nama (anonymous). Selain itu, anda juga boleh menyambung ke lebih dari 35 negara dengan selamat tanpa log pengguna dan kebocoran alamat IP. VPN untuk PC ini menawarkan percubaan percuma selama 30 hari dan sokongan sembang langsung 24/7 dengan sambungan Chrome dan Firefox.
Hotspot Shield adalah salah satu VPN yang terbaik untuk PC dan anda boleh mencubanya. Perkhidmatan VPN ini menawarkan kelajuan, keselamatan, dan privasi yang agak bagus. Dengan Hotspot Shield, anda mempunyai perlindungan malware masa nyata, P2P tanpa had dan tanpa nama, serta akses tanpa had terhadap kandungan Netflix, BBC iPlayer, dan Disney +. Malah, anda boleh menyambung ke lebih 80 negara dengan selamat; tanpa kebocoran alamat IP. Ia menawarkan kepada anda tempoh percubaan selama 45 hari.
PrivateVPN adalah VPN berguna untuk PC yang menawarkan ciri-ciri kelajuan dan privasi yang bagus. Anda boleh menstrim Netflix, BBC iPlayer, dan Disney + tanpa sekatan lokasi. Dengan PrivateVPN, anda boleh menyambung dengan selamat ke lebih daripada 60 negara tanpa log pengguna dan kebocoran alamat IP. VPN untuk PC ini menawarkan versi percubaan selama 30 hari, setelah anda menaik taraf ke versi premium.
Berdasarkan panduan di atas, anda dapat melihat dengan jelas bahawa pemilihan VPN untuk PC yang terbaik adalah langkah terpenting bagi privasi dan keselamatan data dalam internet. Walaupun terdapat banyak pilihan perkhidmatan VPN untuk PC, sangat mudah untuk merasa keliru dan membuat pilihan yang kurang wajar. Mujurnya, kami telah membimbing anda dalam pemilihan VPN percuma terbaik untuk PC. Muat turun iTop VPN hari ini dan ubah keselamatan serta privasi anda semasa melayari dalam talian.