Vidnoz AI creates engaging videos with realistic AI avatars. Free, fast and easy-to-use. Try for Free >
80% OFF

7 VPN Terbaik untuk Snapchat: Percuma untuk Buka Sekatan Snapchat di Sekolah atau Tempat Kerja - 100% Menjadi

Berikut adalah 7 VPN Terbaik untuk buka sekatan Snapchat di sekolah atau tempat kerja secara percuma dan 100% menjadi. Pilih VPN terbaik untuk snapchat anda sekarang!

Snapchat adalah antara rangkaian sosial yang paling popular sekarang tapi bukan semua negara boleh mengakses Snapchat. Terutamanya di beberapa sekolah dan syarikat di negara Barat yang mengharamkan capaian Snapchat menggunakan WiFi awam. 

Mujurlah terdapat beberapa servis VPN (juga dikenali sebagai Rangkaian Peribadi Maya) yang memberikan anda peluang untuk pintas rintangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau organisasi. Apa lagi selain itu? Dengan servis VPN yang digunakan di komputer, telefon pintar atau tablet anda – selain mengakses Snapchat di tempat kerja atau sekolah, anda boleh lakukan banyak lagi perkara lain seperti melayari laman sesawang secara tanpa nama, memuat turun fail dengan BitTorrent, stream filem dan rancangan TV serta banyak lagi.

 VPN Terbaik Untuk Snapchat

Hari ini, artikel ini akan memperkenalkan anda dengan VPN terbaik untuk Snapchat (dan perkara lain). Senarai tersebut anda boleh lihat di bawah. Semua VPN telah diuji dan hasilnya menunjukkan ia “benar-benar menjadi”dan membolehkan pengguna untuk buka sekatan Snapchat di tempat kerja, sekolah dan mana-mana sahaja. Untuk pengalaman terbaik – yang berada di tempat paling atas berfungsi dengan sangat baik di latar belakang sambil anda mengakses setiap sudut Interweb dengan selamat. Baca sampai habis untuk ketahui lebih lanjut!

7 VPN terbaik untuk Snapchat diceritakan dalam bahagian ini dengan ciri-ciri yang bagus. Jadi, anda boleh mendapat idea untuk memilih yang mana selain buka sekatan Snapchat di sekolah atau tempat kerja.

VPN Terbaik Untuk Snapchat - Ringkasan

iTop VPN

VPN yang pintar ini membolehkan anda untuk melangkau tetapan yang ditetapkan seperti pengecualian pelayan mel yang boleh dijumpai dalam versi berbayar yang lain. Ia juga serba boleh dan intuitif untuk digunakan. Apa yang penting adalah tawaran iTop VPN yang 100% versi percuma.

NordVPN

Servis VPN yang paling popular di dunia dan mempunyai jumlah rangkaian lebih daripada 5,000 pelayan di lebih 60 negara.

ExpressVPN

Salah satu VPN yang terbaik untuk Snapchat yang mengharamkan ISP atau tapisan negara. VPN ini juga senang digunakan.

CyberGhost VPN

CyberGhost adalah VPN yang memfokuskan pada penyediaan servis kepada sesiapa yang kurang pengetahuan teknikal.

CactusVPN

Servis yang bagus untuk pemula kerana senang untuk diatur, laju dan kos rendah. Ingat, segalanya disini sangat mudah untuk difahami.

Surfshark VPN

Surfshark VPN sudah tidak aktif untuk sekian lama tapi jika dibandingkan dengan yang lain, ia senang bertapak kerana ketersediaannya untuk kebanyakan sistem operasi membolehkan ia senang diatur.

PureVPN

VPN yang suci untuk servis yang ditawarkan. Sesuai untuk mereka yang inginkan VPN sebagai Rangkaian Peribadi Maya sahaja.

iTop VPN menyulitkan trafik Internet dengan penyulitan tahap tertinggi dan menyembunyikan alamat IP anda dari penggodam dan penjejak seterusnya memastikan privasi dan keselamatan anda terjaga. Dengan satu klik sahaja pada butang Sambung, ia akan    menyambung anda secara automatik dengan pelayan yang paling laju dan bebas. Apa yang penting, anda boleh memilih pelbagai pelayan global walaupun dalam versi percuma iTop.

VPN Terbaik untuk Snapchat - iTop VPN

Tersedia di: Windows PC, iOS dan Android.

Jaminan wang dikembalikan: 30 Hari

Harga: Dari $2.31/bulan (iTop VPN menawarkan 100% versi percuma jadi semua orang boleh menikmatinya tanpa perlu mengeluarkan wang)

Pelayan: Lebih 1,800 pelayan di seluruh dunia.

Kelebihan:

· Sekatan Iklan dan Perlindungan DNS tidak tersedia di kebanyakan VPN di pasaran.

· iTop VPN menawarkan 100% versi percuma.

· Tidak memerlukan kata laluan , kad kredit dan maklumat peribadi yang lain.

Kekurangan:

· Kebanyakan pelayan menjadi perlahan keran terlampau sesak

· Versi percuma hanya membenarkan data 700MB.

Bukan sahaja VPN percuma yang membuatkan iTop VPN menjadi yang terbaik namun ciri-ciri lain yang disenaraikan di bawah. iTop juga boleh melakukan perkara lain selain buka sekatan Snapchat dimana-mana sahaja.

VPN Terbaik untuk Snapchat - Antara VPN yang Terbaik

Sekatan Iklan dan Perlindungan DNS

Ciri-ciri ini membantu pengguna iTop VPN mencapai pengalaman selamat sambil melayari Internet. Penggodam tidak dapat menjejak anda dan tiada iklan yang muncul.

Sambungan Kelajuan Tinggi

Pelayan VIP memberikan pengguna pengalaman kelajuan yang tinggi tidak kira sama ada anda melayari Internet, menonton siri Netflix atau bermain permainan video dalam talian.

Versi Percuma

Agak sukar untuk mencari VPN yang percuma sepenuhnya dalam pasaran. Kebanyakannya mengatakan ia percuma namun hanya Percubaan Percuma. iTop VPN mempunyai versi percuma yang benar-benar percuma namun ada hadnya.

Suis Auto-Bunuh

iTop VPN Suis Bunuh adalah sesuatu yang anda pasti suka kerana ia melindungi keselamatan Internet secara auto dan bagus. Ia menutup semua sambungan saat anda kehilangan sambungan VPN jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan Internet.

Dalam bahagian ini, anda akan belajar cara menggunakan iTop VPN untuk Snapchat dan buka sekatan di sekolah atau tempat kerja dengan selamat dan persendirian.

Langkah 1. Muat turun secara percuma VPN terbaik untuk Snapchat.

Langkah 2. Pasang dan lancarkan iTop VPN. Ia akan memilih protokol dan pelayan secara automatik. Pergi ke tetapan untuk menukar jika anda ada sebarang keperluan spesifik.

Langkah 3. Klik “Connect” untuk menyambung dengan pelayan dan Snapchat akan buka sekatan secara automatik.

VPN Untuk Snapchat - Sambungan Pantas

#1. NordVPN

VPN Untuk Snapchat - NordVPN

Tersedia di: Windows PC, iOS, Android, dan Linux.

Jaminan wang dikembalikan: 30 Hari

Harga: Dari $3.71/bulan

Pelayan: Lebih 5,000 pelayan di lebih 60 negara.

Kelebihan:

· Aplikasi yang mudah digunakan untuk peranti Android dan IOS bagi buka sekatan Snapchat.

· Beroperasi di lebih 5,000 pelayan di 60 negara.

· Khidmat sembang sokongan sentiasa ada.

Kekurangan:

· Versi Dekstop memerlukan masa untuk digunakan dan mungkin mengecewakan ramai pemula.

#2. ExpressVPN

VPN Untuk Snapchat - ExpressVPN

Tersedia di: Windows PC, iOS, Android, dan Linux.

Jaminan wang dikembalikan: 30 HARI

Hari: Dari $8.32/bulan

Pelayan: ExpressVPN berfungsi dengan lebih 3,000 pelayan terpencil di 160 lokasi dan 94 negara.

Kelebihan:

· Memberikan sambungan konsisten dan laju.

· Aplikasi yang mudah diuruskan untuk peranti Android dan IOS.

· Tidak menyimpan log trafik data peribadi.

Kekurangan:

· Lebih mahal daripada yang lain.

#3. CyberGhost VPN

VPN Untuk Snapchat - CyberGhost

Tersedia di: Windows PC, iOS, Android, dan Linux.

Jaminan wang dikembalikan: 45 HARI

Harga: Dari $2.25/bulan

Pelayan: Lebih 5,700 pelayan VPN yang berada di lebih 91 negara.

Kelebihan:

· Jumlah rangkaian pelayan yang besar dan bagus untuk buka sekatan Snapchat walau dimana ia dihalang.

· Aplikasi Android dan iOS mudah digunakan.

Kekurangan:

· Tidak berfungsi di negara China.

#4. CactusVPN

VPN Untuk Snapchat - CactusVPN

Tersedia di: Windows PC, iOS, Android, dan Linux.

Jaminan wang dikembalikan: 30 HARI

Harga: Dari $5.83/bulan

Pelayan: Lebih 1,100 pelayan VPN yang berada di sempadan negara Amerika Syarikat.

Kelebihan:

· Berfungsi untuk US Netflix & BBC iPlayer.

· Khidmat sokongan pelanggan yang sangat membantu dan pantas.

Kekurangan:

· Fungsi DNS pintar yang tidak menyulitkan trafik.

· Jumlah lokasi pelayan yang terhad.

TIPS

Berikut adalah beberapa VPN untuk PUBG jika anda ingin bermain PUBG tanpa sekatan Internet.

#5. Surfshark VPN

VPN Untuk Snapchat - Surfshark

Tersedia di: Windows PC, iOS, Android, dan Linux.

Jaminan wang dikembalikan: 30 HARI

Harga: Dari $2.49/bulan

Pelayan: Lebih 3,200 pelayan di 65 negara.

Kelebihan:

· Melepasi sekatan dengan mudah.

· Banyak fungsi keselamatan.

· Cukup pantas untuk streaming tanpa gangguan.

Kekurangan:

· Kurang pelayan berbanding pesaing lain.

#6. PureVPN

VPN Untuk Snapchat - pureVPN

Tersedia di: Windows PC, iOS, Android, dan Linux.

Jaminan wang dikembalikan: 30 Hari

Harga: Dari €5.16/bulan

Pelayan: Lebih 1,658 pelayan Pure VPN di Amerika Utara.

Kelebihan:

· Fungsi istimewa untuk rangkaian WiFi awam untuk buka sekatan Snapchat melalui wifi awam.

· Pilihan split tunneling.

Kekurangan:

· Log sesi dokumen.

· Halangan dikenakan untuk jaminan wang dikembalikan

Berikut adalah beberapa soalan lazim yang dikumpul bagi menghilangkan kebimbangan pembaca ketika menggunakan VPN untuk Snapchat.

VPN Untuk Snapchat - FAQ

Bagaiman VPN untuk Snapchat Berfungsi?

Pengguna menyambung Internet dengan salah satu pelayan yang disediakan oleh VPN dengan sambungan yang menggunakan alamat IP pelayan. Dengan cara ini, anda boleh melayari Snapchat. Trafik anda akan melalui terowong yang selamat jadi data sensitif anda terjaga dan anda berada dalam keadaan selamat dan tidak bernama sambil melayari dalam talian.

Adakah VPN untuk Snapchat akan Memperlahankan Internet Anda?

Bergantung kepada keadaan. Biasanya, kelajuan Internet anda akan menjadi sedikit perlahan dengan servis VPN premium. Namun, lokasi pelayan yang anda sambung dan tahap penyulitan yang dipilih mempunyai kesan terhadap kelajuan.

Adakah Penggunaan VPN Sah disisi Undang-undang?

Jawapan pendek: Ya. VPN sememangnya sah untuk digunakan di banyak negara jadi anda tidak perlu risau tentangnya.

Kesimpulan

Setakat itu sahaja. Ada beberapa VPN terbaik untuk Snapchat yang diceritakan dalam artikel ini. Sesiapa yang membaca artikel ini akan berjaya buka sekatan Snapchat walau dimana anda berada jadi pilihlah yang mana anda berminat. Apa pun, jika anda    mempunyai banyak keperluan selain sekadar buka sekatan Snapchat ditempat kerja atau sekolah, artikel ini mengesyorkan anda untuk mencuba mengikut senarai yang paling teratas. Semoga hari anda bertambah baik! 

Related Articles for Reference

Lucky Chance to Get the Lowest Price Today!

36-m Plan Billed $59.99$431.64

Get It Now (60s)