Vidnoz AI creates engaging videos with realistic AI avatars. Free, fast and easy-to-use. Try for Free >
80% OFF

VPN PUBG Terbaik untuk Windows & PUBG Mobile [Menghapuskan Sekatan Kawasan]

Helah & petua VPN yang terbaik untuk digunakan untuk bermain PUBG & PUBG Mobile di negara yang diharamkan. Perangsang rangkaian PUBG PC & PUBG mobile.

PUBG, atay PlayerUnknown’s Battlegrounds. Satu permainan yang dianggap sebagai asal-usul permainan menembak taktikal pertempuran kerajaan yang moden masa kini. PUBG ialah permainan yang mengubah permainan-permainan seperti Fornite, Apex Legends, Call of Duty: Warzone. Terdapat banyak permainan menembak atas talian yang dinspirasikan oleh PUBG. Sememangnya PUBG telah menjadi permainan yang hebat. Bermula dari penciptaannya, lalu  berkembang menjadi permainan menembak atas talian nombor 1. Hari ini, terdapat lebih kurang 50 juta pemain PUBG menggunakan VPN PUBG mobile untuk bermain PUBG mobile di kawasan tertentu. Bagaimana cara untuk bermain PUBG dalam kawasan yang disekat? VPN manakah yang mampu untuk memintas had negara tersebut?

VPN PUBG Terbaik

Brendan Greene, bapa kepada PUBG & mekanik permainan menembak taktikal pertempuran kerajaan, tidak percaya bahawa permainan ini mampu menjadi fenomena apabila dia mencipta PUBG versi yang pertama pada tahun 2013.

Dalam permainan PUBG, sasaran anda adalah untuk bertahan hingga ke masa akhir dengan kumpulan anda. Anda akan mendarat di arena pertempuran hanya dengan payung terjun dan anda perlu mengumpul perisai, senjata, dan ubat-ubatan untuk meneruskan hidup dalam permainan ini. Saiz zon pertempuran akan makin mengecil dan kumpulan akhir yang hidup akan memenangi permainan tersebut.

Satu perkara yang mengujakan ialah, dalam PUBG, anda akan mempunyai peluang untuk berkenalan dengan pemain dari seluruh dunia. Anda juga berpeluang untuk mempunyai ahli kumpulan yang berasal dari negara yang berlainan, berkomunikasi secara berkumpulan dengan bahasa Inggeris, berkongsi bekalan dengan anda & menolong anda semasa pertempuran atau menipu kumpulan anda. Percaya dengan saya, anda akan berasa sangat seronok dengan komunikasi antarabangsa ini. Pengalaman rentas budaya ini ialah pengalaman PUBG yang tidak boleh diganti. Dengan menggunakan VPN PUBG atau VPN PUBG mobile, ia membenarkan anda untuk bersambung dengan pelayan luar negara untuk bermain dengan rakan di bahagian lain planet ini.

VPN PUBG Terbaik

Sekarang PUBG merupakan temuan yang terhebat. Pengguna harian PUBG PC telah mencapai 3.24 juta pemain dan itu hanya data pemain steam. PUBG Mobile dilancarkan pada 9 Februari 2018 dan ia adalah kejutan yang sangat hebat dan tidak lama kemudian menjadi permainan mudah alih yang sangat terkenal di mana-mana tempat di seluruh dunia. 

Terutamanya di negara membina seperti Pakistan, India, Vietnam memandangkan pemain mereka tidak perlu membeli perkakas komputer yang mahal & permainan itu juga boleh diakses dengan mudah dengan menggunakan peralatan bantuan seperti telefon bimbit dan tablet mudah alih dengan kos rendah (juga terdapat peralatan yang memerlukan VPN untuk PUBG Mobile). PUBG Mobile sangat berjaya dan pengguna asasnya juga telah berkembang selepas PUBG versi mudah alih dilancarkan. Menurut Wikipedia, sehingga 11 Jun 2021, terdapat 1 billion pengguna PUBG mobile yang berdaftar, melintasi Pokémon Go yang sebelum ini menjadi permainan yang sering di main dalam sejarah permainan mudah alih. Kemudian, permainan ini diharamkan di beberapa negara. 

PUBG telah diharamkan di banyak negara dan kawasan disebabkan keganasan dan kandungannya yang sensitif. Contohnya, tiada permainan video lain yang diharamkan di Afghanistan selain PUBG. Di Pakistan,  Autoriti Telekomunikasi Pakistan (PTA) mengharamkan PUBG disebabkan keluhan yang diterima di mana permainan itu membuat pemain menjadi terlalu taksub dan menimbulkan kesan yang buruk kepada kesihatan fizikal kanak-kanak dan kesihatan psikologikal. Di Nepal, PUBG diharamkan selepas keputusan dibuat oleh mahkamah daerah Kathmandu pada PIL oleh Bahagian Jenayah Metropolitan. India mengharamkan PUBG selepas konflik sempadan China-India pada tahun 2020. 

Kerajaan India mengatakan bahawa aplikasi PUBG Mobile berkait rapat dengan aktiviti yang memudaratkan kedaulatan dan integriti, pertahanan, dan keselamatan negara. Ramai penyelidik percaya bahawa sebab utama kerajaan India mengharamkan permainan ini adalah untuk melakukan serangan balas yang bertujuan untuk meningkatkan tekanan dalam hubungan China-India. Memandangkan permainan terbesar orang Cina, Tencent, memiliki harta intelek PUBG, 100 aplikasi yang lain dari China juga diharamkan di India dalam masa yang sama. Selain itu, menurut laporan dari Business Today, negara-negara lain yang turut mengharamkan permainan tersebut termasuk China, Korea, Jordan, Israel, dan Iraq. Dengan itu, untuk bermain PUBG di negara-negara tersebut, anda mungkin memerlukan VPN percuma yang membenarkan anda untuk memintas sekatan negara tersebut.

VPN Mudah Alih PUBG Terbaik

Sekiranya anda tinggal/melancong di negara yang mengharamkan PUBG PC & PUBG Mobile secara teknikal, VPN mampu membantu anda. Secara teknikal, VPN akan mengubah loaksi sebenar anda & menyulitkan data masuk/keluar anda untuk memintas tembok api yang ditubuhkan oleh kerajaan tempatan. Namun, adakah semua VPN menyokong PUBG secara khususnya? Semestinya tidak. Kebanyakan penyedia perkhidmatan VPN hanya menawarkan ciri-ciri “memintas sekatan” namun prestasi permainan tersebut tidak dihiraukan. Masalah sambungan seperti sekatan, packet loss, dan ping yang tinggi seringkali berlaku.

Adakah terdapat VPN PUBG mobile percuma yang dioptimumkan khas untuk pecahan kawasan PUBG mobile & peningkatan kelajuan? Ada, dan ia adalah VPN iTop. Sekiranya anda memerlukan VPN PUBG mobile yang dapat membantu anda untuk memecahkan pengharaman negara tersebut dan memecut rangkaian, VPN iTop ialah pembantu yang sangat sempurna untuk anda menikmati PUBG Mobile. 

Namun begitu, PUBG PC belum lagi diharamkan di mana-mana negara. Tetapi, anda mungkin ingin menggunakan VPN untuk menyembunyikan lokasi geografik anda semasa bermain PUBG PC dengan rakan-rakan anda yang tinggal di luar negara. Seperti yang kami katakan, bermain dengan ahli kumpulan yang mempunyai budaya yang berbeza pasti menyeronokkan. Sekiranya anda ingin bermain PUBG dengan rakan asing anda atau bermain di pelayan selain dari pelayan yang berdekatan dengan anda, menggunakan VPN iTop untuk bermain PUBG PC dengan perkhidmatan VPN adalah penyelesaian yang betul.

VPN iTop tidak sukar untuk digunakan sama sekali. Untuk menggunakan VPN iTop, pergi ke halaman sesawang, muat turun dan pasangkan aplikasi tersebut dan jalankan VPN iTop dengan menekan butang “Sambungkan”. Anda akan disambungkan dengan pelayan yang sesuai secara automatik.

VPN Mudah Alih PUBG Terbaik

Untuk meningkatkan prestasi PUBG mobile, tekan “Untuk Permainan” dan anda akan lihat senarai permainan & pelayan yang anda boleh pilih untuk dipercepatkan. Lalu, pilih PUBG dan tetapkan pelayan yang anda ingin ikuti, tekan “Sambungan” dan PUBG & PUBG mobile anda akan dipercepatkan dan selesai.

VPN Mudah Alih PUBG Terbaik

VPN iTop ialah VPN yang dioptimumkan khas untuk permainan atas talian. VPN iTop bukan hanya untuk PUBG mobile tetapi ia juga merangkumi Roblex dan Call of Duty, dan akan menyokong banyak lagi permainan lain yang akan ditambah pada kemas kini yang akan datang.

PUBG merupakan permainan yang seronok untuk dimain dan iTop VPN PUBG/PUBG mobile adalah pembantu yang terbaik untuk perminat PUBG. Ia dapat membantu anda untuk bermain PUBG mobile di negara yang diharamkan, dan anda boleh bermain di pelayan yang sesuai dengan rakan-rakan antarabangsa anda. Sekiranya anda mempunyai keperluan seperti berikut, mengapa tidak mencuba VPN iTop? Ia adalah percuma & boleh digunakan untuk mempercepatkan banyak permainan termasuk PUBG, permainan COD. Ayuh cuba!

Related Articles for Reference

Lucky Chance to Get the Lowest Price Today!

36-m Plan Billed $59.99$431.64

Get It Now (60s)